Ilmu Dalam Buku
Bismillahirrahmanirrahim
Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk berkunjung ke Pesta Buku Utara yang telah diadakan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Pesta Buku ini telah berlangsung selama seminggu bermula dari 20 hingga 26 Mac 2016. Pesta Buku ini amat relevan untuk dianjurkan kerana para pelajar baru sahaja menerima Baucer Buku 1 Malaysia dan ianya merupakan platform terbaik untuk para pelajar menggunakan baucer buku tersebut dengan sebaik mungkin.
Sepanjang saya di pesta buku tersebut, saya mendapati pelbagai jenis buku yang dipamerkan di situ. Bermula dari buku yang bersifat ilmiah sehinggalah buku-buku komik dan juga majalah-majalah. Apa yang menarik perhatian saya adalah buku-buku bersifat memberontak seperti buku-buku terbitan Dubook. Kebanyakan buku terbitan Dubook ini membuatkan para pemikiran pembaca lebih terbuka untuk berfikir tentang sesuatu yang tidak kita fikirkan sebelum ini. Buku-buku seperti ini amat menarik untuk dibaca dan diteroka dengan lebih mendalam. Namun membaca buku-buku seperti ini memerlukan penelitian yang mendalam supaya kita dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis buku-buku tersebut.
Sekian........ :)




No comments:
Post a Comment